(Video) Ngeri! Dirempuh Kereta Masa keluar Simpang, Rider Melambung Tinggi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Ngeri! Dirempuh Kereta Masa keluar Simpang, Rider Melambung Tinggi


Kemalangan jalan raya kebanyakkan terjadi disebabkan kecuaian sesetengah pengguna jalan raya. Kadang-kadang kita yang tak bersalah pon boleh terbabit dalam sesuatu kemalangan. Kemalangan akan melibatkan kenderaan dan juga kecederaan pada individu yang terbabit dan yang paling takut sekali boleh meragut nyawa.

Baru-baru ini, ada satu kejadian dimana sebuah motorsikal yang dipandu seorang lelaki keluar simpang dengan laju dan dilanggar sebuah kereta yang dikatakan berlaku di Jalan Sultan Zainal Abidin berhampiran Hotel Tanjomg Vista, Kuala Terengganu.

Kereta tersebut tidak sempat memberhentikan kenderaannya dan terus merempuh motorsikal dari arah depan. Penunggang motorsikal itu melambung agak tinggi selepas dirempuh dan terpelanting kearah kereta yang merakam kejadian menerusi dashcam.


Tiada apa-apa perkembangan tentang keadaan mangsa kemalangan dan orang ramai diluar sana dinasihatkan supaya memandu dalam keadaan yang berhemah dan mengikut semua undang-undang yang telah ditetapkan ya.

+ Baca respon pembaca motorsikal dirempuh semasa keluar simpang di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.