McDonald's Taja Makanan 50 Hospital, Memanfaatkan 15,000 Petugas Kesihatan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

McDonald's Taja Makanan 50 Hospital, Memanfaatkan 15,000 Petugas Kesihatan


McDonald's Malaysia dilaporkan telah menaja makanan untuk 50 hospital diseluruh negara secara berperingkat dalam tempoh Perintah Pergerakan Kawalan yang dilanjutkan sehingga 14 April nanti. Penajaan makanan ini akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's.

Selain hospital, McDonald's juga membuat penghantaran makanan kepada petugas barisan hadapan yang lain seperti polis dan askar. Langkah ini dibuat bagi menghargai jasa mereka yang telah bertungkus-lumus perjuang dalam menangani wabak covid-19 ini. McDonald's juga dikatakan telah memulakan kempen dengan konsep #KitaBoleh bertujuan mengajak rakyat Malaysia bersatu padu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pihak Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's juga turut menghargai kakitangan McDonald's dan juga penunggang McDelivery yang gigih bekerja di semua restoran mereka bagi memastikan pelanggan terus dapat menikmati hidangan kegemaran mereka ini. Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus bekerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan semoga wabak covid-19 ini akan berakhir sekaligus menjadikan negara kita tenteram seperti sediakala.

Sumber : Sinar Harian.

+ Baca respon pembaca McDonald's taja makanan 50 hospital di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.