Liverpool Tewas Mengejut, Gagal Pecahkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Liverpool Tewas Mengejut, Gagal Pecahkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal



Hasrat Liverpool untuk melakukan Invincible iaitu rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga musim ini tidak kesampaian selepas tewas 3-0 di tangan Watford. Beraksi di tempat pelawat sepatutnya tidak menjadi penghalang untuk Liverpool mencatat kemenangan dengan aksi konsisten yang ditunjukkan The Reds pada musim ini.



Namun sebaliknya berlaku selepas Tuan rumah berjaya membuka tirai jaringan menerusi ayam tambatan mereka Ismaila Sarr pada minit ke-54 selepas pantas menyudahkan hantaran daripada Doucure. Tidak cukup dengan itu, Ismaila Sarr sekali lagi mencetak jaringan 6 minit kemudian untuk memastikan Watford selesa 2 gol dihadapan.


Liverpool hampir merapatkan jurang namun percubaan Adam Lallana pada minit ke-66 terkena tiang. Troy Deeney menambah derita Liverpool apabila menjaringkan gol ketiga Tuan rumah pada minit ke-72. Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat. Walaupun gagal memecahkan rekod Invincible Arsenal sebelum ini, Liverpool tetap berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

OHMEDIA : NAMPAKNYA MASIH BELUM ADA PASUKAN YANG DAPAT PECAHKAN REKOD TANPA KALAH ARSENAL DALAM 49 PERLAWANAN.

+ Baca respon pembaca Liverpool tewas mengejut di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.