(Video) Liverpool Kena Buli Di Anfield, Adrian Beraksi Seperti Lord Karius - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Liverpool Kena Buli Di Anfield, Adrian Beraksi Seperti Lord Karius


Liverpol gagal untuk mempertahankan Trofi Liga Juara-Juara Eropah yang dimenanginya musim lepas selepas tewas 4-2 secara agregat di tangan Athletico Madrid awal pagi tadi. Beraksi di Anfield memberi sedikit kelebihan buat Liverpool dan mereka berjaya menguji penjaga gol Athletico seawal minit ke-5 menerusi tandukan Wijnaldum. Selepas itu giliran Chamberlain pula mempunyai peluang untuk menghasilkan sesuatu namun percubaan beliau pada minit ke-14 ditepis keluar oleh Oblak.


Akhirnya Liverpool membuka tirai jaringan 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi tandukan pemain tengah Belanda, Wijnaldum. Bersambung separuh masa kedua tuan rumah mempunyai banyak peluang untuk menambah jaringan namun ketangkasan Oblak berjaya menafikan semua serangan dan percubaan dari Liverpool. Andrew Robertson juga memiliki peluang keemasan untuk menjadi hero The Reds, walaubagaimanapun tandukan beliau pada minit ke-66 terkena palang. keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dan perlawanan terpaksa diheret sehingga masa tambahan kerana kedua-dua pasukan seri 1-1 secara agregat.




Roberto Firmino kembali meletakkan Liverpool di hadapan selepas menjaringkan gol pada minit ke-94. 3 minit kemudian Athletico kembali menyamakan kedudukan 2-2 (agregat) selepas penjaga Liverpool, Adrian melakukan kesilapan menendang bola kepada Joao Felix dan pemain itu terus menghantar bola tersebut kepada LLorente sebelum beliau melakukan rembatan luar kotak penalti untuk menewaskan Adrian. Llorente sekali lagi menjadi duri dalam daging Liverpool apabila menyumbat gol kedua Athletico selepas memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Adrian buat kali kedua.



Tidak cukup dengan itu, Athletico sekali lagi meledak gol pada penghujung masa tambahan menerusi Morata yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum menolak bola dengan mudah ke gawang Liverpool untuk Athletico selesa dengan keputusan 4-2 secara Agregat. Athletico Madrid layak ke suku akhir dan berpeluang untuk mengulangi pencapaian pada tahun 2014 iaitu mara ke perlawanan akhir sebelum tewas di tangan Real Madrid.


OHMEDIA : NAMPAKNYA AKSI YANG DITUNJUKKAN ADRIAN SAMA SEPERTI LORD KARIUS KETIKA BERSAMA LIVERPOOL DULU



Dikuasakan oleh Blogger.