COVID-19 : Langgar Perintah Kuarantin Akan Dikenakan Hukuman Penjara - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

COVID-19 : Langgar Perintah Kuarantin Akan Dikenakan Hukuman Penjara


Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan perintah gerakan terkawal yang akan berlangsung pada 18 Mac hingga 31 Mac iaitu selama 2 minggu. Kepada individu yang melanggar perintah tersebut boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkitan 1988 (Akta 342).

Syazlin Mansor, peguam mengatakan yang denda atau hukuman tersebut adalah untuk individu yang melanggar kali pertama dan bagi yang mengulanginya untuk kali kedua, hukuman lebih berat dikatakan akan dikenakan yang membolehkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sepanjang tempoh dibawah pengawasan dan pemerhatian tentang Covid-19 ini, semua individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang telah ditetapkan dan bagi individu yang tidak mengikut perintah, boleh menyebabkan mereka berdepan dengan hukuman. Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di kediaman masing-masing bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

OHMEDIA : APA PUN TINDAKAN YANG DIPERINTAH ADALAH UNTUK KEBAIKAN KITA BERSAMA!

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca laggar perintah kuarantin boleh dipenjara di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.