OM Leaderboard Ad

Kumpulan Pakar Keselamatan Siber Ditubuhkan Lawan Penggodam Berkaitan Wabak


Bagi membanteras pelbagai serangan 'pishing' dan jenayah kewangan yang mengambil kesempatan atas kebimbangan orang awam terhadap penularan wabak  COVID-19 serta keinginan untuk mendapatkan maklumat data peribadi seseorang, sebuah kumpulan pakar keselamatan siber ditubuhkan.  Menurut info, adalah pesanan palsu yang mendorong mangsa memasukkan kata laluan atau data peribadi di laman web yang dikawal oleh penggodam dan menyalahgunakan data berkenaan untuk tujuan tertentu.

Dipetik dari Berita Harian, kumpulan berkenaan dikenali sebagai Liga COVID-19 CTI yang anggotanya dibarisi lebih 40 buah negara, meliputi golongan profesional yang mempunyai jawatan penting di syarikat-syarikat utama seperti Microsoft Corp dan Amazon.com Inc.

Sumber gambar dari Google
Marc Rogers, salah seorang daripada empat pengurus permulaan bagi kumpulan pakar berkenaan menjelaskan bahawa keutamaan mereka adalah memerangi penggodaman keatas kemudahan perubatan dan barisan hadapan yang menghadapi pandemik berkenaan seperti yang diambil dari Berita Harian. Dimaklumkan, mereka sudahpun memulakan kerja membanteras aktiviti penggodaman keatas organisasi kesihatan.

Tambah Marc lagi, sebenarnya dia enggan memberikan maklumat lanjut dan menjelaskan aktiviti yang mereka lakukan secara terperinci, kerana secara umumnya mereka keberatan untuk mendedahkan apa yang mereka perjuangkan seperti yang dipetik dari Berita Harian.

OHMEDIA: PASTINYA AKAN ADA PIHAK YANG CUBA UNTUK MENANGGUK DIAIR KERUH, JUSTERU ITU KORANG PERLU BERHATI-HATI AGAR TIDAK MENJADI MANGSA AKTIVITI PENGGODAMAN.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kumpulan pakar keselamatan siber ditubuhkan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.