(Video) Netizen Rasa Sebak Lihat Kucing Jalanan Rayu Minta Makanan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Netizen Rasa Sebak Lihat Kucing Jalanan Rayu Minta Makanan


Setiap kali pergi mana-mana terutamanya kedai makan mesti ada kucing jalanan yang datang kepada kita untuk meminta makanan kan? Ohmedia rasa kesian tengok kucing-kucing yang tiada tuan tau. Hmm.

Zaman sekarang ni ramai jer orang buang dekat tepi jalan, kucing bulu kembang semua simpan dalam rumah. Apa salah kucing jalanan? Sebenarnya semua kucing sama jer gais tetapi baka seperti parsi, british short hair, munchkin, bengal dan sebagainya jer yang lain.

Baru-baru ini, Ohmedia ada tengok satu video yang dimuatnaik oleh DakuCing Ku di Facebook mengenai seekor kucing jalanan berwarna oren dan putih merayu meminta makanan dekat manusia di sebuah kedai makan.


Comel tu memang comel gais tetapi Ohmedia rasa kesian pula bila tengok rayuan si Oyen tu. Hmm. Mesti dia lapar. Kalau korang jumpa kucing jalanan dekat kedai makan, biasanya korang akan buat apa?

Kalau boleh kongsikanlah rezeki awak tu dengan memberi isi ayam ataupun daging. Jangan bagi tulang okay! Korang pun tahu Nabi Muhammad SAW pun ada kucing kesayangan tau yang bernama Mueeza.

OHMEDIA: KALAU JUMPA KUCING JALANAN, BAGILAH MAKAN. KONGSI SIKIT REZEKI. JANGAN TENGOK JER KUCING TU MEOW MEOW DEKAT KORANG.

Sumber: Facebook

+ Baca respon pembaca pencinta kucing di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.