Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Lalu - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Lalu


Semalam, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) berharap yang Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yaasin selaku pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional akan lebih berlaku adil dan menjaga kebajikan semua kominiti masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama termasuklah di Sabah dan Sarawak.

BACA : Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-8

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu berusaha lebih keras berkaitan isu ekonomi dan pembangunan negara dengan lebih baik. Pengurusi Keprihatinan komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak juga berharap yang semua komuniti masyarakat Malaysia juga turut membantu kerajaan baru Perikatan Nasional ini bagi membangunkan ekonomi negara serta meyakinkan pelaburan asing.

MCCF juga amatlah berterima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) setelah bertungkus lumus menangani sebarang provokasi dengan cepat atas penghinaan yang dibuat oleh netizen kepada Yang di-Pertuan Agong yang menghasut orang ramai menolak pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia di media sosial dan juga mengekang keadaan yang tidak diingini berlaku yang menggugat ketenteraman orang awam.

Halim juga berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku bekas perdana menteri Malaysia selepas penat lelahnya memegang tanggungjawab yang telah digalas dalam tempoh 22 bulan sebelum ini.

BACA : Terkini! Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan baru perlu tangani isu ekonomi negara di Facebook Oh! Media


Dikuasakan oleh Blogger.