Kerajaan Peruntuk Dana RM250 Billion Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerajaan Peruntuk Dana RM250 Billion Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi


Seperti semua tahu, hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang bernilai RM250 billion yang akan memberi manfaat keseluruhan rakyat Malaysia. Menurut beliau Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan adalah merupakan manifestasi Kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Dipetik dari kenyataan Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej ini, sebanyak RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara. Serta RM20 billion yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelumnya.



Dari inisiatif-inisitif yang disenaraikan jelas ia merangkumi segala lapisan msayarakat, dari mereka yang bekerja sendiri, kontrakor pembersihan, usahawan PKS membawa kepada syarikat korporat, semuanya akan merasai pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin.


OHMEDIA: DIHARAPKAN DENGAN PAKEJ RANGSANGAN YNG DIUMUMKAN DAPAT MENGURANGKAN BEBAN RKAYAT MALAYSIA KHUSUSNYA SERTA DENGAN SUNTIKAN DANA KEPADA KKM, DAPAT MEMBANTU KKM MENANGANI WABAK COVID-19 DENGAN LEBIH BERKESAN.

+ Baca respon pembaca kerajaan peruntuk dana RM250 billion untuk pakej rangsangan ekonomi di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.