Semua Kedai Di Perak, Termasuk Stesen Minyak Akan Beroperasi 12 Jam - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Semua Kedai Di Perak, Termasuk Stesen Minyak Akan Beroperasi 12 Jam


Bagi mengurangkan risiko wabak covid-19, bermula hari ini semua premis kedai makanan dan termasuklah yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu diseluruh Perak akan beroperasi selama 12 jam iaitu mulai 7 pagi hingga 7 malam.

Semasa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Perak di bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini, beliau juga mengatakan yang perkara itu perlu dilaksanakan juga kepada semua stesen minyak, kedai runcit, kedai serbaneka dan termasuklah yang memang beroperasi 24 jam.

Apa yang kerajaan perintahkan semuanya bersebab. Kita sebagai rakyat perlulah patuhi semua yang diperintah demi kebaikan diri sendiri dan juga kepada negara kita. Semoga wabak covid-19 ini akan berakhir.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca semua kedai di Perak hanya boleh beroperasi 12 jam di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.