Jururawat Jahit Pelindung Kepala & Kasut Untuk Bantu Sahabat Yang Lain Buat Netizen Terharu! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jururawat Jahit Pelindung Kepala & Kasut Untuk Bantu Sahabat Yang Lain Buat Netizen Terharu!


Baru-baru ini, ada satu posting yang dimuatnaik oleh Aminah Ahmad Unni di Facebook mengenai sekumpulan jururawat dan juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertungkus lumus menjahit pelindung kepala dan kasut yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.


Mereka yang berkorban masa untuk membantu petugas kesihatan yang terlibat itu telah mendapat perhatian daripada netizen dan rata-rata ramai orang berasa terharu apabila melihat usaha mereka. Video yang berdurasi 27 saat itu juga telah mendapat 7.1k likes dan 15.7 perkongsian di Facebook.

MasyaAllah hebatnya misi-misi dan staff KKM. Jahit sendiri gown untuk dipakai staff. Semoga usaha kalian mendapat redha Allah dan terbuka jalan-jalan ke Jannah. Amin.

Ohmedia ingin mengucapkan terima kasih kepada misi-misi dan kakitangan KKM kerana berkorban masa dan nyawa untuk merawat pesakit Covid-19 sehingga sembuh. Tidak lupa juga kepada pihak polis dan tentera yang telah mencuba untuk menjaga rakyat Malaysia dengan sebaik mungkin daripada penularan wabak itu.

OHMEDIA: SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA. INSYALLAH, AMIN.

Sumber: Facebook | Astro Gempak

+ Baca respon pembaca sayang frontliners di Facebook Oh! Media







Dikuasakan oleh Blogger.