Jom Kenali Yang Arif Tan Sri Idrus Peguam Negara Yang Baharu - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jom Kenali Yang Arif Tan Sri Idrus Peguam Negara Yang Baharu


Sebelum ini, Peguam Negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan, Thommy Thomas telah mengumumkan peletakan jawatannya. Kini, Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Yang Arif Tan Sri Idrus bin Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara KE-11 dan akan berkhidmat selama 2 tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020 lalu.

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa Tan Sri Idrus ini dan hari ini Ohmedia ingin berkongsi sedikit mengenai beliau.

Tan Sri Idrus berasal dari Sanglang, Kedah dan dilahirkan pada 2 Februari 1955.

Pendidikan

Berkelulusan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dan Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) di Universiti Malaya pada tahun 1980. Sejak itu juga, beliau terus meneruskan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang dan telah mencatatkan rekod yang baik.

Berbekal dengan pengalaman selama 34 tahun dalam undang-undang, melayakkan beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada tahun 2014 dan kemudian beliau terus dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2018.

Anugerah

Tan Sri Idrus juga telah menerima banyak anugerah di sepanjang perkhidmatan beliau seperti SSAP, PSN, PSM, SIMP, DSDK dan DPMT.

Kehidupan peribadi

Tan Sri Idrus dibesarkan bersama sembilan orang adik beradik dan bapa beliau adalah seorang ketua kampung dan ibunya seorang suri rumah. Untuk pengetahuan korang, Idrus juga adalah abang kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun.


Tindakan awal sebagai Peguam Negara

Tidak menunggu lama, Tan Sri Idrus Harun terus mengeluarkan arahan sebaik sahaja dilantik sebagai Peguam Negara untuk meneruskan semua pendakwaan dan perbicaraan kes terhadap individu berprofil tinggi termasuk kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

OHMEDIA: SEMOGA DENGAN PELANTIKAN PEGUAN NEGARA BAHARU INI DAPAT MEMASTIKAN SEMUA KES BERPROFIL TINGGI DISELESAIKAN DENGAN ADIL DAN SAKSAMA.

Sumber: Wikipidia

+ Baca respon pembaca yang setuju dengan pelantikan Peguan Negara di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.