Jijik! Betina Ini Selamba Kencing Dalam Keretapi Awam! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jijik! Betina Ini Selamba Kencing Dalam Keretapi Awam!


Apa lagi benda tak senonoh yang diorang nak buat? Semalam Ohmedia ada kongsikan tentang seorang model yang dilihat sengaja berbogel dan menunjukkan kemaluan di dalam sebuah Masjid di Itali.


Kali ni seorang gadis Australia berusia 21 tahun pula telah dilihat melakukan perkara menjijikkan apabila dia dengan bersahaja dan tanpa rasa bersalah kencing di dalam sebuah keretapi dan kemudian menyapu air kencingnya di kerusi.


Video 0:07 saat ini dikongsikan oleh Daily Mail dan telah tersebar ke media sosial. Sumber juga mendapati gadis terbabit merupakan seorang perancang acara dan akaun Facebook serta LinkedIn gadis ini telah dipadam sebaik sahaja video dia melakukan perbuatan jijik ini tersebar.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan dan jurucakap Polis New South Wales juga mengesahkan yang gadis ini tidak akan dikenakan sebarang tindakan undang-undang dan polis turut menghentikan siasatan kerana perbuatan itu tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah.

Sumber: The Sun

+ Baca respon pembaca yang jijik dengan perbuatan gadis ini di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.