(Video) Gunakan Kedukaan BCL Untuk Naikkan Rating, Indonesia Idol Dikecam Netizen! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Gunakan Kedukaan BCL Untuk Naikkan Rating, Indonesia Idol Dikecam Netizen!


Tidak mudah untuk menerima pemergian orang yang tersayang. Begitulah yang dihadapi Bunga Citra Lestari yang kini hampir dua minggu melalui kehidupan selepas pemergian suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair. Walaupun masih berduka, Bunga tetap meneruskan segala tugasnya sebagi juri Indonesia Idol.

Baru-baru ini Bunga telah kembali menggalas tugasnya yang sebelum ini diganti oleh Rossa. Kedukaan Bunga ini dapat dilihat apabila Judika menyanyikan lagu terbarunya 'Tak Mungkin Bersama' semasa rancangan itu berlangsung.


Video BCL menangis teresak-esak itu telah tular di laman sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen dan ada juga yang mengecam rancangan Indonesia Idol itu kerana dilihat seperti mempergunakan kedukaan BCL sekadar untuk menaikkan rating rancangan itu.


Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa produksi rancangan tersebut meminta Judika menyanyikan lagu yang menyentuh hati ini dihadapan BCL. Seolah-olah mereka tidak menghormti perasaan penyanyi itu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta. Walaupun BCL dilihat kuat meneruskan tugasnya, namun hatinya masih berduka.

OHMEDIA: SIAPA SAHAJA YANG MELIHAT NYANYIAN JUDIKA ITU PASTI AKAN MENGALIRKAN AIR MATA APATAH LAGI MEREKA YANG BARU SAHAJA KEHILANGAN ORANG YANG TERSAYANG.

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca Indonesia Idol Dikecam di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.