Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia, Masih Degil & Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia, Masih Degil & Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan


Apa dah jadi sebenarnya gais? Baru-baru ini, ada seorang pelakon yang bernama Fendy Bakry memuatnaik satu gambar berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta kapsyen yang sedang marah di Instagramnya.

Nak tahu kenapa? Haa, sekarang ni dah ada ura-ura tau bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan lagi sekiranya penularan wabak Covid-19 ini masih belum dapat dibendung.


Aduh! Patutlah Fendy Bakry mengamuk dengan segelintir rakyat Malaysia sebab kebanyakannya diorang ni memang tak patuh arahan pihak kerajaan. Kesian frontliners tengah bertungkus-lumus untuk mencegah wabak ni. Diorang pun ada keluarga juga.

Jika perkara ini berlanjutan, apa sebab dan mengapa ia terjadi? Rasanya kita semua dah tu sebabnya. Masih ada segelintir manusia yang ketegaq biji. Kadang bila berlembut tak ada langsung sikap tanggungjawab. Kesian dekat perniaga-peniaga yang mana takda simpanan, yang perlu kerja seharian untuk kelangsungan hidup. Nak makan apa weh. Bukan cakap dia orang je. Kadang kita orang yang shooting ni pun terasa juga. Kesian kat frontliners kita. Siang malam bertugas, makan pun tak makan, tidur atas lantai. Kalau macam ni sikap kita, sia-sia weh usaha depa nie. kita sama-sama bantu la hanattt!!! Tak lama makanan pun dah kena catu weh. Yakin ke yang barang akan cukup? Bila dah berkurung lama, makanan dah takdak. DAN di masa tu, takkan la nak tunggu DAJJAL datang untuk janji syurga yang sememangnya itu adalah neraka. Masak weh! Tempoh 2 minggu ja pemerintah mintak. Semua ni dibuat untuk kita jugak, untuk negara tapi tak nak juga dengar. Pelihara tak salah pun. Yang salah kau dedahkan diri kau pada penyakit. Allah sayang kita. Nak kita duk rumah. Allah uji kita sebab Allah nak kita sentiasa mohon kat Dia, mintak kat Dia, berdoa kat Dia. TAPI KITA MASIH BODOH DAN SOMBONG!!!

Apa yang Ohmedia tak boleh terima, ada juga ibu bapa bawa anak-anak dalam kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Siap tak pakai mask! Kan dah bagitahu, nak keluar kena seorang wakil ataupun ketua keluarga jer! Takkan tu pun susah sangat korang nak dengar cakap?

Perintah Kawalan Pergerakan diadakan kerana untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19. Bukan untuk balik kampung macam cuti Hari Raya. Semalam jer sudah mencecah sebanyak 1,518 kes kumulatif dan telah meningkat kepada 14 kematian tau. Duduk rumah diam-diam dan jangan keluar kecuali beli barang keperluan okay!

Ohmedia doakan semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT dan dihindari dari jangkitan wabak Covid-19 ini. Jangan lupa kerap basuh tangan sekurang-kurangnya 20 saat dan pakai mask bila berada di luar.

OHMEDIA: HARI NI DAH GENAP SEMINGGU PKP, MASIH ADA LAGI ORANG YANG DEGIL TAKNAK DENGAR CAKAP.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca yang sedang duduk rumah di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.