Mark Pastikan Pengguna Dapatkan Berita Sahih Tentang Coronavirus - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mark Pastikan Pengguna Dapatkan Berita Sahih Tentang Coronavirus


Satu langkah yang bijak! Bagi mengelak dari berlakunya penyebaran berita palsu yang boleh membuatkan orang ramai huru-hara dan ketakutan, Mark Zuckerberg yang merupakan pemilik kepada media sosial Facebook telah melakukan sesuatu untuk rakyat Malaysia dan dunia.

Sekiranya anda menaip 'coronavirus' di carian Facebook, anda akan melihat satu notifikasi yang akan membawa anda terus kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) atau pihak berkuasa kesihatan setempat bagi mendapatkan maklumat terkini. - Kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg.

Jadi, sekarang korang boleh mencuba sendiri di Facebook dan ini adalah satu usaha yang terbaik dengan kerjasama WHO, CDC dan UNICEF untuk maklumat yang lebih tepat kepada pengguna seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, Facebook juga berusaha membuang semua maklumat palsu yang tersebar.

Kami membuang maklumat palsu dan teori konspirasi yang memberi kesan kepada organisasi kesihatan dunia. Kami juga menghalang akaun individu yang cuba mengambil kesempatan dengan mengiklankan produk yang didakwa mampu mengubati virus ini. - Tulis Mark.


Sumber: Mark Zuckerberg

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.