Digi Mengingatkan Pengguna Untuk Duduk Di Rumah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Digi Mengingatkan Pengguna Untuk Duduk Di Rumah


Sepertimana yang kita semua tahu, sejak 18 Mac lepas rakyat Malaysia diarahkan untuk mengikut Perintah Kawalan Pergerakan selama 2 minggu yang telahpun diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sumber gambar : Amanz
Banyak pihak yang menyokong dengan apa yang diperintah kerajaan untuk membendung wabak covid-19 yang melanda dunia termasuklah syarikat telekomunikasi, Digi yang ada membuat peringatan duduk di rumah kepada pelanggan mereka di status line dekat peranti masing-masing yang memaparkan "Digi - Stay Home".

Ohmedia berharap syarikat telko lain pun perlu buat benda sama untuk mengingatkan pengguna mereka untuk duduk di rumah dalam usaha menangani wabak covid-19. Banyak benda yang boleh dibuat sekiranya korang bosan apabila berada di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan ini berlangsung, contohnya seperti layan movie, mengemas rumah dan macam-macam lagi.

OHMEDIA : TOLONGLAH MALAYISA, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca Digi mengingatkan pelanggan mereka di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.