Dapatkan Akses iflix VIP Secara Percuma Sekarang! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dapatkan Akses iflix VIP Secara Percuma Sekarang!


Disaat rakyat Malaysia sedang mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lepas, ramai yang merungut kerana bosan berada dirumah kerana tiada aktiviti yang nak dibuat. Baru-baru ini, iflix, ada berikan akses Iflix VIP selama sebulan untuk korang tonton semua kandungan dekat iflix secara percuma dirumah.


Tunggu apa lagi gais? Muat turun iflix ni sekarang, sekurang-kurangnya ada juga penambah aktiviti korang dirumah. Ohmedia nak tunjukkan cara untuk korang dapatkan akses iflix vip ini secara percuma. Korang cuma masukkan code "tonton_iflix" di ruangan redeem voucher dan klik untuk redeem.


Korang dah berjaya dapatkan akses iflix VIP gais! Senang gila. Oh ya, korang kena tebus iflix VIP ni dari 19-31 Mac 2020 dan akses akan sah selama satu bulan gais. Tak rugi pon muat turun iflix ni sebab ada banyak movie dan cerita-cerita berepisod yang menarik korang boleh tonton dekat sana untuk sama-sama meluangkan masa dengan keluarga tersayang di rumah.


Semoga korang berjaya mengikut arahan Perintah Gerakan Kawalan selama 2 minggu ini untuk kita sama-sama membendung wabak covid-19 yang tengah melanda negara kita. Terima kasih iflix! Rakyat Malaysia, kita sama-sama mampu mengubahnya!

+ Baca respon pembaca iflix beri akses VIP percuma di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.