COVID-19 : Sudah Tiba Masanya Rakyat Malaysia Laksana Peranan & Tanggungjawab Masing-Masing - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

COVID-19 : Sudah Tiba Masanya Rakyat Malaysia Laksana Peranan & Tanggungjawab Masing-Masing


Sepertimana yang korang tahu, kes  wabak Covid-19 semakin meningkat di negara kita kepada 553 kes sejak 17 Mac 2020 jam 8 pagi. Rakyat Malaysia masih mengalami panic buying apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan malam tadi.

Perintah ini akan berlaku mulai esok sehingga 31 Mac 2020. Jadi, masyarakat perlu melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing seperti yang diarahkan sepanjang tempoh tu berlangsung. Haa, kalau boleh kurangkan aktiviti di luar tau.

Pertama sekali, masyarakat jangan berasa panik sebaliknya perlu tenang dan ikut semua arahan yang telah dan akan dimaklumkan. Ini bukan Perintah Berkurung, kita cuma dibataskan pergerakan keluar masuk. Cuma perlu duduk dalam rumah saja dan keluar bila dibolehkan. Mesej jelas, kurangkan pergerakan seminimum mungkin untuk menyahaktifkan Covid-19.

Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua, lebih baik duduk di rumah daripada korang join panic buying dekat pasaraya atau dimana sahaja orang awam berkumpul secara beramai-ramai. Please ikut arahan yang telah dimaklumkan untuk mengurangkan wabak di Malaysia.

Bukan tu jer gais, semalam pun dah umumkan bahawa kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara juga disekat tetapi rakyat Malaysia masih tidak faham bahasa untuk travel ke luar negara.


Jangan disebabkan sekolah kerajaan, taska, sekolah berasrama penuh, IPTA, IPTS, premis kerajaan dan swasta ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara, korang sibuk nak balik kampung juga. Duduk jer rumah tu diam-diam okay? Kuarantin selama 2 minggu jer gais untuk kebaikan diri sendiri.

OHMEDIA: INGAT, SIAPA YANG MELANGGAR ARAHAN BAKAL DIPENJARAKAN SELAMA 2 TAHUN UNTUK PERTAMA KALI.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca sayang Malaysia di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.