Stress Duduk Di Rumah? Ini Antara Resipi Burnt Cheese Cake Yang Tengah Viral Untuk Dicuba! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Stress Duduk Di Rumah? Ini Antara Resipi Burnt Cheese Cake Yang Tengah Viral Untuk Dicuba!


Hari ini merupakan hari ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan dan Ohmedia yakin semua orang mesti sedang stress sebab tak tahu nak buat apa. Maklumlah, tak boleh nak bergerak mana-mana dan kena duduk rumah sahaja.

Sebenarnya banyak benda yang korang boleh buat dan Ohmedia nak share satu cara yang tengah viral sekarang ni untuk hilangkan rasa stress korang tu, iaitu dengan BAKING jer gais. Ini adalah antara resipi Burnt Cheese Cake yang Ohmedia nak kongsikan dengan korang. Fuh, mengancam betul! So, jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Burnt Cheese Cake menggunakan Anchor Dairy.


Bahan-bahan utama:

Anchor Cream Cheese 500g

Anchor Whipping Cream 300g

Anchor UHT Full Cream Milk 50g

Gula Kastor 150g



Telur Pasteur 85g



Invert Sugar/Madu 35g



Kanji Jagung 10g



Dengan hanya 7 bahan yang Ohmedia senaraikan dekat atas, korang dah boleh mula buat kek yang sedap ni. Mudah jer gais, tak susah pun. Manalah tahu lepas ni korang boleh ambil tempahan buat Burnt Cheese Cake kan? Hehe.

Ini pula cara-cara untuk pastikan Burnt Cheese Cake korang siap dengan sempurna.

1. Mula-mula korang kena panaskan oven pada 210 Celcius.

2. Masukkan Anchor cream cheese dengan gula kastor dan invert sugar ke dalam mixer. Pukul sehingga berkrim dan tiada ketulan kira-kira dalam 5 minit.

3. Selepas itu, campurkan telur diikuti dengan Anchor whipping cream, Anchor UHT full cream milk dan akhirnya, kanji jagung.

4. Tukarkan kelajuan mixer dengan sangat perlahan dan campurkan sehingga adunan menjadi halus (tiada gelembung) kira-kira dalam 5 minit.

5. Kemudian, tuangkan adunan tadi ke dalam acuan kek dan dilapisi dengan kertas baking (parchment paper).

6. Bakar dalam oven pada 210 celcius selama 45 minit (tanpa kipas).

7. Biarkan sehingga sejuk. Buka acuan kek dan hidangkan. Burnt Cheese Cake is doneeee!

Resipi ini telah dibawa oleh Anchor Dairy dan ini adalah extra tips untuk korang kalau nak buat Burnt Cheese Cake nampak lebih kemas, tekstur lebih lembut dan sedap.

1. Untuk dapatkan tekstur lembut, biarkan Anchor Cream Cheese dalam suhu bilik selama 30 minit sebelum menggunakannya.
2. Resipi ni Ohmedia sarankan korang untuk guna acuan kek bersaiz 7 inci lebar.
3. Kalau korang gunakan acuan kek yang besar, adjust lah masa lebih pendek dan kalau gunakan acuan kek yang kecil, adjust lah masa lebih panjang (45 minit ni adalah penanda aras bagi acuan kek 7 inci tu tau!)
4. Untuk 85g telur, gunakan 1.5 nos telur biasa ATAU 1 nos telur jenis AA yang besar tu.
5. Indikasi gula pula adalah sebanyak 125g untuk orang yang tak suka makan manis!
6. Semasa korang tengah buat Burnt Cheese Cake tu, Ohmedia sarankan korang untuk menggunakan Paddle (pemukul campuran rata) untuk adunan yang lembut. Kalau tak ada, gunakan mixer jer.

Tak tahu dekat mana nak dapat bahan-bahan ni?

Tak payah pening kepala sebab korang boleh dapatkan semua barang dekat kedai House of Ingredients (Lembah Klang) atau di Bake With Yen.

Korang juga boleh lakukan pesanan di Bake With Yes di seluruh cawangan mereka di sini dan lihat cara-cara untuk membuat pesanan collect atau delivery terus ke depan pintu rumah di sini.


Mudah kan? Dah ada resipi tu, boleh la cuba buat Burnt Cheese Cake challenge sekarang! Dah siap nanti jangan lupa share dekat sosial media Facebook dan Instagram dengan hashtag #DudukDiamDiam #StayAtHome #AnchorBurntCheeseCake #AnchorFoodProfessionals . Biar ramai lagi yang dapat buat sesuatu yang bermanfaat dekat rumah. Hehe! Stay safe everyone!

Selamat mencuba!
Dikuasakan oleh Blogger.