Jangan Panik! Banyak Lagi Restoran Buka Sebenarnya, Boleh Didapatkan Secara “Delivery” Melalui Aplikasi Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jangan Panik! Banyak Lagi Restoran Buka Sebenarnya, Boleh Didapatkan Secara “Delivery” Melalui Aplikasi Ini


Sepertimana yang kita semua tahu, Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Pergerakan Kawalan disebabkan wabak Covid-19 sejak 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini. Maknanya, semua orang diarahkan untuk mengurangkan pergerakan di kawasan awam untuk mencegah wabak ini.

Duduk rumah dan order jer apa nak makan!

Walaupun kebanyakan premis diarah untuk ditutup, semua restoran masih dibenarkan untuk dibuka tetapi pelanggan hanya dibenarkan untuk membungkus makanan mereka. Untuk kurangkan lagi pergerakan, aplikasi foodpanda amat membantu dan semua penghantar makanan mereka masih berjuang untuk menghantar pelbagai jenis makanan dari restoran favourite demi kesihatan dan keselamatan kita semua.


Berbaloi gila gais

Bukan tu jer, dengan pembelian di aplikasi foodpanda juga, korang juga akan dapat banyak diskaun dan ianya lebih jimat berbanding beli walk-in ataupun drive-thru. Pergh! Memang berbaloi gila. Semua pelanggan juga layak dapat penghantaran percuma sehingga 31 Mac tau. Jadi, kenapa korang nak bahayakan diri lagi?


Untuk yang tak pernah guna perkhidmatan dan baru nak muat turun aplikasi foodpanda tu, korang boleh download sekarang dan masukkan code ‘NEWPANDA’ untuk tebus 50% potongan harga tertakluk kepada terma dan syarat bagi pembelian kali pertama. Memang good guy la foodpanda!


Duduk rumah untuk keselamatan korang!

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, tak perlulah kita dedahkan diri kita dan keluarga dalam khalayak orang ramai sebab wabak ini tidak menunjukkan sebarang simptom dan kita tidak tahu sama ada orang di luar sana ada membawa virus. Inilah yang dinamakan sebagai pandemic gais! Jadi, elakkan ‘panic buying’ dan gunakan kemudahan yang ada ini untuk kebaikan kita bersama.


Dalam tempoh ini juga, Ohmedia sarankan korang untuk lakukan pembayaran secara online. Walaupun masih boleh lakukan bayaran secara tunai, lebih baik kita gunakan bayaran melalui Debit atau Kredit Kad bagi mengelakkan sebarang penyebaran virus.

Lebih mengurangkan risiko

Ohmedia sebelum ini ada kongsikan yang foodpanda juga telah memperkenalkan penghantaran tanpa sentuh dan ini terjamin dapat memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan. Terima kasih foodpanda kerana terus menunjukkan semangat dalam menghadapi wabak COVID-19 ini. #StaySafe

BACA : Foodpanda Lancarkan Penghantaran Tanpa Sentuh

Penghantaran tanpa sentuhan gais


Pelanggan juga boleh memberitahu rider diruangan chat untuk membuat langkah penghantaran tanpa sentuh dan nyatakan tempat untuk rider meletakkan pesanan anda semasa membuat pesanan, contohnya seperti di depan pagar ataupun pintu bagi memastikan lagi keselamatan antara rider dan juga pelanggan. Rider akan memberita pelanggan sekiranya pesanan sudah sampai dan jarak 1 meter antara pelanggan dan rider akan dikekalkan sebelum pelanggan mengesahkan yang pesanan sudahpun sampai.

Benda mudah, rugi tak ambil peluang ni!

Korang tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah download aplikasi foodpanda ni dan masukkan kod NEWPANDA untuk dapatkan diskaun sebanyak 50% tertakluk kepada terma dan syarat untuk pesanan pertama korang nanti. Korang juga boleh layari sini untuk membuat tempahan sekarang ya gais! #StaySafe

+ Baca respon pembaca boleh dapatkan makanan secara delivery di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.