Bazaar Ramadhan Popular Dibatalkan Untuk Tahun Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bazaar Ramadhan Popular Dibatalkan Untuk Tahun Ini


Persoalan ini mesti ada bermain di dalam fikiran rakyat Malaysia, bagaimanapun Singapura telah memutuskan untuk membatalkan Bazaar Ramadan yang sangat popular di sana iaitu Bazaar di Geylang Serai, Woodland.

Ini berikutan dengan penyebaran wabak COVID-19 yang kini sedang merebak aktif di kebanyakan negara. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Rakyat di Singapura yang mereka tidak akan meneruskan sebarang penganjuran bazaar seperti kebiasaan.

Ini pasti serba sedikit memberikan perasaan sedih bagi umat Islam di Singapura, tetapi keputusan ini adalah yang terbaik bagi membendung penularan wabak ini.

Saat ini Malaysia telah mengambil langkah untuk menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan dan kerajaan Singapura pula telah mengarahkan agar menangguhkan dan membatalkan segala aktiviti yang menghimpunkan ramai orang pada 13 Mac lalu.

Sumber: Singapore Today

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.