Bayar PTPTN Sekiranya Gaji Lebih RM4,000 Sebulan Hampir Diluluskan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bayar PTPTN Sekiranya Gaji Lebih RM4,000 Sebulan Hampir Diluluskan


Lim Guan Eng, Bekas Menteri Kewangan memaklumkan yang kementerian itu telah meluluskan supaya individu yang gajinya melebihi RM4,000 sebulan, harus buat pembayaran balik untuk pinjaman Perbadanan tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini tetapi kerajaan PH jatuh sebelum pengumuman rasmi dibuat, kata Guang Eng.

Formula baru ini telahpun mendapat persetujuan Kementerian Kewangan tetapi masih belum diumumkan disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa dibubarkan selepas perletekkan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana menteri baru-baru ini. Kerajaan juga perlu menanggung pinjaman tambahan untuk membayar dana PTPTN disebabkan pentadbiran yang dulu telah bersetuju tentang hal ini dan ingin melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lepas.

Harapnya juga perkara ini ditunaikan walaupun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan sebelum peminjam mendapat gaji lebih RM4,000 sebulan dan membayar balik pinjaman PTPTN.

Kerajaan PH juga sebelum ini dah pun tunaikan janji mereka selepas keluarkan semua nama peminjam PTPTN yang telahpun disenarai hitam, larangan ke luar negara dan masih mempertimbangkan prosedur untuk pemimjam PTPTN bayar balik selepas mendapat gaji lebih RM4,000 sebulan.

Kerajaan PH juga telah menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan gantikan ia dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Bukan itu saja, penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus dan juga mengurangkan harga jualan petrol juga ditunaikan kepada rakyat sebelum ini.

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca bayar PTPTN sekiranya gaji lebih RM4,000 di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.