Bas Smart Selangor, PJ City Bus Hentikan Operasi Sementara Waktu - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Bas Smart Selangor, PJ City Bus Hentikan Operasi Sementara Waktu


Kemudahan perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus untuk menyenangkan rakyat bergerak dari satu tempat ke satu tempat dikawasan Selangor dikatakan akan menghentikan operasinya bermula hari ini buat sementara waktu, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telahpun dibuat akibat penularan wabak covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han mengatakan yang perkhidmatan ini akan diberhentikan buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan diberitahunya nanti dan langkah ini juga tepat sekali untuk dilakukan bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu.

Penangguhan perkhidmatan ini juga dikatakan membabitkan sebanyak 138 buah bas di 43 laluan Bas Smart Selangor dan 32 bas PJ City Bus yang melibatkan 6 laluan. Kerajaan negeri juga berharap agar semua pihak memberikan kerjasama untuk mematuhi arahan pihak kerajaan bagi mencegah wabak covid-19 ini daripada menular.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, Ohmedia juga menasihatkan supaya orang ramai tidak terlalu melakukan aktiviti luar sekiranya tiada hal mustahak dan sentiasa jaga kebersihan diri ya.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Bas Smart Selangor dan PJ City Bus hentikan operasi di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.