Ayda Jebat Sahut Cabaran ‘Until Tomorrow’, Muatnaik Video Tahun 2014 Buat Netizen Terhibur! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Ayda Jebat Sahut Cabaran ‘Until Tomorrow’, Muatnaik Video Tahun 2014 Buat Netizen Terhibur!


Sekarang ni semakin ramai menyertai cabaran ‘Until Tomorrow’ di media sosial. Setahu Ohmedia, pengguna tersebut harus memuatnaik gambar lucu atau memalukan dengan meletakkan kapsyen ‘Until Tomorrow’ selama 24 jam.

Selepas itu, korang dah boleh padam posting tersebut. Sesiapa yang menyukai gambar korang sebelum dipadamkan, akan menerima satu mesej daripada korang untuk menyertai cabaran ini. Mungkin ini adalah cabaran yang membosankan tapi tak apa, lagi 15 hari jer nak habis Perintah Kawalan Pergerakan. Hehe.


Baru-baru ini, Ayda Jebat memuatnaik satu video dirinya sekitar tahun 2014 untuk cabaran ‘Until Tomorrow’. Apa yang lebih menarik, penyanyi Mana Ada Hati itu menyanyikan satu lagu sehingga menarik perhatian netizen.

Aib! 2014 lagi nah #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan tak ada suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas. Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni. Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ? Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!

Memang berbeza sungguh penampilan Ayda Jebat yang dulu berbanding dengan sekarang. Semakin cantik! Lagi-lagi kalau orang tu nak berkahwin kan. Hehe makin berseri-seri muka Ayda. Dalam perkembangan yang lain, beliau juga mengeluarkan satu lagu baru yang berjudul Duduk Diam Diam bersempena Perintah Kawalan Pergerakan.


Jadi, korang jangan lupa tengok dan dengar tau lagu terbaru Ayda! Siap ada karakter Azwan Ali, Mak Cik Kiah dan ramai lagi. Apapun, Ohmedia doakan agar Ayda terus maju jaya sebagai seorang pelakon dan penyanyi dalam industri seni.

OHMEDIA: DUDUK DIAM-DIAM GAIS DEKAT RUMAH SEPANJANG PKP DIADAKAN.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat Ayda Jebat di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.