Atletico Mohon Supaya Gaji Pemain Dipotong - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Atletico Mohon Supaya Gaji Pemain Dipotong


Kes Covid-19 di Sepanyol kini telah mencatat lebih 65,000 ribu ke dan 5,138 kematian. Situasi di sana turuk menjadi impak kepada kewangan Kelab bola sepak yang bermain di Sepanyol kerana liga terpaksa ditangguhkan.


Oleh yang demikian, Atletico Madrid telah membuat pemohonan di jabatan buruh untuk pemotongan gaji pemain dan staf mereka. Selain Atletico, Espanyol juga dikatakan ingin membuat pemotongan gaji pemain dan staf mereka sebanyak 70%.


Perkara ini terpaksa dilakukan pihak pengurusan untuk menjaga status kewangan kelab. Keputusan yang diambil oleh berapa buah kelab ini telah mencetus kembimbangan Fifpro jika gaji pemain dipotong sehingga kelab terpaksa melepaskan pemain tersebut.

OHMEDIA : KELAB BOLA SEPAK PROFESSIONAL PERLU MENCARI JALAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU GAJI PEMAIN WALAUBAGAIMANAPUN LIGA KINI TERPAKSA DITANGGUHKAN

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Atletico mohon supaya gaji pemain dipotong di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.