Alasan Zahid Hamidi Menangguhkan Perbicaraan Hari Ini Dipersoal Kebenarannya! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Alasan Zahid Hamidi Menangguhkan Perbicaraan Hari Ini Dipersoal Kebenarannya!


Seperti semua sedia maklum, hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memulakan tugas rasmi beliau sebagai Perdana Menteri Kelapan setelah dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong semalam. Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara dan ketua-ketua jabatan atau agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin politik hari ini. Hari ini, Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi sepatutnya dijadualkan meneruskan perbicraan kes rasuahnya di Mahkamah Tinggi namun menangguhkannya pada hari esok, 3 Mac 2020 dengan alasan bahawa beliau akan menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber gambar dari UMNO

Sumber gabar dari tangakapan layar Twitter @@MelGohCNA dan @bumilangit
Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri  telah mengundang persoalan rakyat di media sosial, sejauh mana kebenaran alasan Presiden Umno berkenaan menangguhkan perbicaraannya. Menurut info diambil dari Sinar Harian, Datuk Seri Zahid Hamidi berhadapan dengan 47 pertuduhan di mana 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

OHMEDIA: MANA SATU YANG BETUL NI? TAKKAN DAH JADI KERAJAAN NAK BAWA BALIK PERANGAI LAMA? HATI-HATI, RAKYAT MEMERHATI ANDA.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca mengenai alasan Zahid Hamidi tangguh perbicaraan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.