OM Leaderboard Ad

Agong & Permaisuri Akan Dikuarintin Selama 14 Hari Selepas 7 Petugas Istana Negara Positif


Hari ini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri akan dikuarintin selama 14 hari yang bermula semalam selepas tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19.

Ini juga disahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin yang Agong dan Permaisuri telahpun menjalani ujian saringan kesihatan dan keputusannya adalah negatif.

Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan. - Kata Datuk Pengelola.

Sultan Abdullah turut menitahkan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara dan sehubungan dengan itu, Zulkifli dalam kenyataannya berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.