Sultan Abdullah Pandu Kereta Sendiri Pantau Keadaan Rakyat - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sultan Abdullah Pandu Kereta Sendiri Pantau Keadaan Rakyat


KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi telah mencemar duli untuk meninjau sendiri keadaan rakyat yang kini dalam arahan Printah Kawalan Pergerakan.

Dalam satu perkongsian di Facebook Istana Negara, dapat dilihat Sultan Abdullah sedang memantau pihak berkuasa yang sedang melakukan sekatan jalan raya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda juga sempat menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas keselamatan yang berkerja keras dalam membendung wabak COVID-19 di negara kita.


Ohmedia juga tertarik dengan video yang menunjukkan Baginda sendiri telah memandu kenderaan untuk memantau keadaan. Baginda turut menasihatkan agar rakyat terus berada di dalam rumah dan patuh dengan arahan pihak berkuasa.


Sumber: Istana Negara

+ Baca respon pembaca yang kagum melihat Agong mencemar duli di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.