5 Tip Amalan Pencegahan Penularan Wabak Yang Boleh Korang Ikuti - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

5 Tip Amalan Pencegahan Penularan Wabak Yang Boleh Korang Ikuti


Seperti semua sedia maklum, kerajaan Malaysia sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang memaksa seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk dirumah selama 14 hari. Namun tidak semua rakyat Malaysia terlibat dengan perintah berkenaan. Bagi mereka yang terlibat dengan perkhidmatan penting (essential service), mereka dikehendaki bekerja seperti biasa.

Sebagai  contoh, bagi mereka yang bekerja seperti biasa, ada yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Jadi amalan pencegahan penularan wabak perlu dilaksanakan. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat pengikut-pengikut semua amalan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Kerap mencuci dan sanitasi tangan

Sumber gambar dari Unsplash
Kebanyakan kuman atau virus mudah merebak adalah melalui sentuhan secara fizikal atau direct touch sesuatu benda. Misalnya smartphone kita. Tanpa kita sedar, permukaan smartphone kita sudah pun dijangkiti dengan COVID-19, ataupun saat membeli belah keperluan harian dipasar atau supermarket, kita pegag barang-barang berkenaan secara terus. Oleh itu adalah penting untuk kita sentiasa mencuci atau sanitasi tangan bagi mengelakkan virus ini dari terus menular.

Memakai topeng muka

Sumber gambar dari Unsplash
Adalah penting bagi mereka yang berisiko terdedah dengan penularan wabak ini agar sentiasa mengenakan topeng muka bagi mengelakkan penularan berlaku. Seperti semua sedia maklum bahawa, wabak COVID-19 mampu hidup diudara selama 3 jam. Jelas menunjukkan bahawa sekiranya korang tidak memakai topen muka, korang berisiko akan dijangkiti lebih-lebih dikawasan tumpuan, seperi bandar.

Gunakan tisu untuk menekan butang lif

Sumber gambar dari Unsplash
Jika tempat kerja korang memaksa korang untuk menaiki lif, adalah penting bagi korang untuk menggunakan tisu bagi menekan butang. Bukan apa, selain di udara, virus COVID-19 mampu hidup dipermukaan plastik atau benda tahan karat selama 2-3 hari. Lagipula, lif merupakan tumpuan untuk orang ramai bergerak turun dan naik bangunan. Kebarangkailian untuk jangkitan amat tinggi sekiranya amalan pencegahan ini tidak dititkberatkan.

Lakukan pemeriksaan suhu badan

Sumber gambar dari Unsplash
Langkah ini adalah penting untuk memastikan korang dalam keadaan sihat terutamanya untuk memasuki mana-mana premis. Ini mengelakkan korang menjadi punca kepada penularan wabak COVID-19 ini. Kebiasaanya servis ini disediakan dimana-mana premis bagi mengelakkan ia menjadi kluster atau tempat punca kepada penularan wabak. Kalau tidak memasuki mana-mana premis sekalipun adalah lebih baik korang lakukan sekiranya rasa kurang sihat.

Order makanan menggunakan aplikasi

Sumber gambar dari Unsplash
Kadang-kadang hari-hari makan nasi pun bosan juga. Jadi untuk mengatasi kebosanan makan nasi, korang juga boleh makan makanan segera dengan membuat pesanan atas talian. Dekat Malaysia ni banyak syarikat penghantar makanan yang sedia menerima tempahan korang. Tapi pastikan duit dalam akaun korang mencukupi, kalau makan nasi baliklah jawabnya. Jadi korang tak perlu pergi ke restoran berkenaan dan risiko penularan wabak dapat dikurangkan.

Ini antara amalan-amalan pencegahan wabak yang boleh korang follow dalam usaha kita mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin serius. Selain itu suka Ohmedia ingatkan, sentiasalah korang patuhi Perintah Kawalan Pergerakan kecuali tanpa urusan yang memaksa korang untuk keluar rumah.

+Baca respon pembaca 5 tip amalan pencegahan penularan wabak di Facebook Oh! Media







Dikuasakan oleh Blogger.