Yusuf Azmi Dedah Screenshot Perbualan Dengan Abam, Sifatkan Arwah Insan Berhati Mulia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Yusuf Azmi Dedah Screenshot Perbualan Dengan Abam, Sifatkan Arwah Insan Berhati Mulia


Sumber gambar dari Harian Metro
Pemergian Abam Bocey jelas meninggalkan kesan yang mendalam kepada yang mengenalinya. Bukan sahaja keluarga rapat, bahkan kenalan serta peminat beliau turut terkesan dengan pemergian ini. Hari ini Yusuf Azmi, seorang aktivis telah mendedahkan perbualan beliau di Whatsapp dengan arwah dan menyifatkan arwah sebagai insan yang berhati mulia.

Yusuf Azmi mendedahkan perbualan berkenaan di akaun Facebook miliknya. Beliau turut menceritakan bagaimana mula beliau berkenalan. Dalam perbualan berkenaan, arwah mendedahkan bahawa beliau cukup mengidolakan Yusuf Azmi. Arwah turut bertanya khabar Yusuf Azmi serta meminta Yusuf Azmi mentahnik anak arwah yang baru dilahirkan. Sepanjang screenshot perbualan yang didedahkan, arwah sangat menyantuni Yusuf Azmi.

Dalam posting berkenaan, beliau mendedahkan yang arwah ingin sekali bertemu Yusuf Azmi namun tidak berkesempatan. Yusuf Azmi juga berkata, sesiapapun akan mencemburui pemergian seperti arwah dan arwah dipilih kerana hati dan akhlaknya. Pastinya, pemergiannya akan dirindui oleh orang mengenali arwah, tambah Yusuf Azmi.



OHMEDIA: BENARLAH APA YANG ARWAH CAKAP, KALAU KITA BAIK ORANG SAYANG. SEMOGA ARWAH ABAM BOCEY DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG BERIMAN DAN DUCUCURI RAHMAT KEATASNYA.

Sumber: Facebook Yusuf Azmi

+ Baca respon pembaca pendedahan perbualan Yusuf Azmi dengan Arwah Abam ini di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.