OM Leaderboard Ad

(Video) Cakap Inggeris Versi Ganu, Pelumba Basikal LTDL Dipuji Netizen!


Mohd Harrif Saleh, pelumba basikal dari pasukan Terengganu Inc. Cycling Team mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila beliau bersahaja bercakap bahasa Inggeris dengan accent Terengganu. Beliau ditemu ramah oleh seorang wartawan setelah Harrif Saleh memenangi tempat pertama dalam Le Tour De Langkawi untuk stage tujuh pertandingan berkenaan.



Berdasarkan video yang tular di Twitter, jelas Mohd Harrif Saleh tidak mempunyai masalah untuk bercakap dengan lancar dalam bahasa Inggeris ketika ditemu ramah. Bahkan jawapan yang diberikan oleh beliau jelas dan mudah difahami. Video temu ramah ini mendapat perhatian netizen kerana masih mengekalkan accent Terengganu meskipun bercakap dalam bahasa Inggeris.





Rata-rata netizen memuji Harrif kerana mesej yang disampaikan oleh Harrif itu jelas dan mudah difahami. Ada yang mengatakan tidak kisah bagaimana atau macam mana beliau berbahasa Inggeris kerana setiap bangsa kaum mempunyai accent yang berbeza-beza. Apa yang penting adalah mesej yang cuba disampaikan itu jelas.


OHMEDIA: BILA CAKAP INGGERIS, TAK SEMESTINYA KO KENA GUNA ACCENT BRITISH ATAU AMERIKA. BANYAK JE KAT LUAR SANA YANG CAKAP INGGERIS TAPI STILL GUNA ACCENT MOTHER TONGUE DIORANG, CONTOH PALING DEKAT ETNIK CINA DAN INDIA, MESKIPUN MEREKA CAKAP INGGERIS DENGAN BETUL, KADANG-KADANG MEREKA TAK LARI MENGGUNAKAN ACCENT MOTHER TONGUE MEREKA.

Sumber: Twitter @mytehoais

+ Baca respon pelumba basikal cakap inggeris versi ganu di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.