(Video) Anak Anjing Bermata Satu, Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Anak Anjing Bermata Satu, Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah


Anjing yang dikatakan baru berusia dua hari ini dilahirkan dengan satu mata dan telah mendapat perhatian ramai terutamanya penduduk di negara kelahirannya, Thailand. Dia diberi nama Kevin, salah satu watak dalam filem Minions yang bermata satu lebih kurang sama seperti anjing itu.

Lelaki ini akan menjaga anjing bermata satu itu dengan baik seperti ahli keluarganya sendiri. Pemiliknya, Somjai dikatakan terjumpa anak anjing itu dibilik tidur dan mendapati ada kelainan pada salah seekor anjing yang baru dilahirkan itu. Kemudian Somjai membawanya ke tempat yang lebih selamat dan selesa. Dikatakan yang Somjai akan menjaga Kevin sehingga dia membesar dengan sihat seperti anjing-anjing lain walaupun keadaannya seperti itu.


Disebabkan mempunyai anak anjing yang unik, keluarganya berasa sangat bangga walaupon masih tidak pasti sama ada mata anjing itu berfungsi dengan baik ataupun tidak. Mereka harus tunggu kira-kira dua bulan untuk mengetahui status penglihatannya. Kevin masih tidak boleh menyusu dengan cara yang betul, jadi keluarga Somjai memberikan Kevin susu dengan menggunakan botol sahaja, comel jer dia minum gais!

OHMEDIA: JANGAN DISEBABKAN SESUATU ITU BERBEZA DARI YANG LAIN, KORANG PINGGIRKAN!

Sumber : Dailymail

+ Baca respon pembaca anak anjing bermata satu di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.