(Video) Tun Hasmah Arah Kereta Berhenti Semata-Mata Ingin Beri Kit Kat Kepada Media - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Tun Hasmah Arah Kereta Berhenti Semata-Mata Ingin Beri Kit Kat Kepada Media


Siapa je yang tak kenal Wanita Pertama Malaysia yang ke-4 dan ke-7 serta isteri kepada Perdana Menteri Interim Malaysia iaitu Tun Dr. Siti Hasmah yang mempunyai sifat keibuan dan peramah terhadap orang awam.

Baru-baru ini, Tun Hasmah tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi dan sanggup memberhentikan keretanya semata-mata ingin memberi coklat Kit Kat kepada wartawan. Wah, baik sungguh hati Tun Hasmah yang mengambil berat keadaan para pengamal media yang sehingga kini masih setia menanti berita terkini untuk disampaikan kepada netizen.


Kalau korang tengok bahagian akhir video tu, beliau menunjukkan seekor patung harimau yang comel dan memberitahu kepada media bahawa berkawan dengan patung itu lebih baik tau. Amboi sempat menyakat ya, Tun? Hehehe. Comel sungguh!

Ohmedia doakan agar Tun Hasmah sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah, amin.

OHMEDIA: TEAM OH! MEDIA PUN NAK KIT KAT JUGA TUN!

Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca sayang Tun Hasmah di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.