Tun Mahathir Perjelas Sebab Beliau Meletakkan Jawatan Sebagai Perdana Menteri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tun Mahathir Perjelas Sebab Beliau Meletakkan Jawatan Sebagai Perdana Menteri


Seperti yang diketahui, buat masa sekarang Tun Mahathir sedang memegang jawatan Perdana Menteri Interim, iaitu perdana menteri sementara dimana beliau tidak dibantu oleh jemaah menteri kerana telah dibatalkan oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah beliau sendiri meletakkan jawatan dari posisi nombor satu negara berkenaan. Jelas beliau, begitu banyak sebab mengapa beliau memilih untuk meletakkan jawatan dari posisi penting berkenaan.

Jelas beliau, antara sebabnya adalah kegagalan beliau untuk memilih pihak mana yang patut dipilih kerana kononnya mendapat sokongan daripada semua pihak. Disamping itu, beliau mendedahkan bahawa beliau dituduh dengan sengaja untuk tidak melepaskan jawatan perdana menteri berkenaan.


Dipetik dari Berita Harian, beliau menambah, tujuan beliau meletak jawatan kerana beliau tidak lagi melihat kuasa dan jawatan itu sebagai "be all and end all" sebagai matlamat beliau. Ini kerana bagi beliau, kuasa dan kedudukan berkenaan adalah "a means to an end", sebagai alat untuk mencapai objektif, untuk kebaikan negara.

Dedah beliau lagi, jawatan ini dilepaskan kerana beliau melihat bagi orang politik yang terpenting adalah parti mana yang memerintah, sama ada kalah atau menang. Beliau juga sudah berjanji untuk melepaskan jawatan ini dan memberi peluang untuk Dewan Rakyat menentukan siapa penggantinya.

Berdasarkan perutusan khas yang dilakukan, beliau menyedari bahawa peletakan beliau sebagai perdana menteri  mencetuskan keadaan politik negara yang kucar kacir serta menimbulkan keresahan rakyat. Oleh demikian, beliau memohon maaf sekiranya perletakan  jawatan oleh beliau adalah salah dan sedar dirinya sebagai manusia biasa tidak lari melakukan kesilapan.

OHMEDIA: TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT TUN SEPANJANG 22 BULAN INI DAN SELAMAT MELAKSANAKAN TUGAS SEBAGAI PENDANA MENTERI INTERIM MALAYSIA. SEMOGA KEADAAN KEMBALI KEPADA SEDIA KALA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca sebab perletakkan jawatan Tun Mahathir di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.