(Video) Tular Video Makcik-Makcik Buat Tik Tok, Anak-Anak Disarankan Pulang Jenguk Ibu Bapa - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Tular Video Makcik-Makcik Buat Tik Tok, Anak-Anak Disarankan Pulang Jenguk Ibu Bapa


Seperti yang kita semua tahu, aplikasi Tik Tok iaitu rakaman video beserta lagu kini semakin tular dan telah menjadi bahan ikutan anak muda. Namun, bukan golongan muda je yang terlibat, malah semakin ramai golongan tua yang turut berjinak mengikut trend yang dilakukan oleh golongan anak muda ini.

Kini, golongan ibu bapa atau yang sudah berusia juga tidak ketinggalan untuk mencuba dan berseronok menerusi aplikasi ini. Menurut apa yang Ohmedia lihat menerusi laman sosial di Twitter, seorang gadis telah berkongsi satu video sekumpulan makcik-makcik ini telah melakukan video Tik Tok sambil menari tarian Tik Tok Spongebob versi Gagak yang sememangnya telah menjadi ikutan ramai.


Namun, perbuatan makcik-makcik yang menari di pasar raya ini telah mengundang rasa kurang senang oleh segelintir anak muda kerana beranggapan kelakuan seperti ini tidak bersesuaian dengan usia mereka. Malah, ada juga yang menyatakan rasa syukur kerana ibu mereka tidak terlibat dengan aplikasi Tik Tok.


Ohmedia rasa, makcik-makcik ni sunyi ataupun mereka ingin mencari keseronokkan dengan mengikut trend anak muda terkini. Tapi cara mereka ni salah dan boleh mengaibkan ahli keluarga mereka sendiri.

OHMEDIA: PESANAN OHMEDIA, BESERONOK TU BOLEH ASALKAN TIDAK MEMBAWA IMEJ YANG NEGATIF DAN TIDAK MELAMPAUI BATAS.

Sumber: Twitter

+ Baca respon video makcik-makcik buat Tik Tok di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.