Tommy Thomas Letak Jawatan Undang Reaksi Rakyat Malaysia! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tommy Thomas Letak Jawatan Undang Reaksi Rakyat Malaysia!


Semalam kita dikejutkan dengan perletakkan jawatan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara secara tiba-tiba. Berdasarkan info yang dipetik dari Sinar Harian, Tommy bertindak menyerahkan surat perletakkan kepada Tun Mahathir semalam. Tommy juga dimaklumkan tidak memasuki pejabatsudah dua hari. Perletakkan ini mengundang pelbagai reaksi rakyat Malaysia.

Screenshot dari Facebook Sinar Harian
Sebelum ini Tommy Thomas dikecam teruk oleh rakyat kerana tindakannya menamatkan prosiding keatas 12 individu yang disabitkan dengan 34 pertuduhan berkaitan menyokong kumpulan pengganas LTTE membabitkan beberapa pemimpin parti politik minggu lepas. Tindakannya itu menyebabkan sebuah petisyen mendesak Tommy Thomas untuk meletakkan jawatan.

Sumber gambar dari Google
Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik mengecam tindakan Peguam Negara berkenaan dan meminta Tommy Thomas mengundurkan diri dari jawatan berkenaan. Selain, Maszlee Malik, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut mengkritik tindakan Tommy Thomas berkenaan kerana tindakannya itu dilihat memperlekeh tugas anggota polis dalam menangani kumpulan pengganas.


OHMEDIA: LEPAS BEBASKAN 12 INDIVIDU PENYOKONG KUMPULAN PENGGANAS, PANDAI PULA CUCI TANGAN, LETAK JAWATAN. PENAT-PENAT PIHAK POLIS BUAT KERJA, SENANG-SENANG DIA LEPASKAN.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Peguam Negara letak jawatan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.