3 Tips Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

3 Tips Uruskan Kereta Kemalangan Tanpa Mengalami Kerugian


Kemalangan tak semestinya berpunca dari kecuaian diri sendiri, ianya boleh terjadi akibat kecuaian orang lain juga. Siapa jer yang nak perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku, tapi tak mustahil yang ianya takkan berlaku dekat kita suatu hari nanti kan? Sesiapa yang ada dalam situasi itu, mesti buntu sambil termenungkan nasib yang dah terjadi, kah!

Terus bawa pergi balai polis dan buat report

Ohmedia nak bagitahu cara-cara yang korang boleh buat tanpa mengalami kerugian semasa kemalangan ataupun kereta rosak. Pertama sekali, korang bawa kereta korang ke balai polis berdekatan sebab ramai yang taktahu cara yang paling tepat untuk uruskan insurans dan kemalangan kereta yang sebenar-benarnya.

Sesiapa yang pernah berada dalam situasi kemalangan mesti tahu, siapa yang akan berebut untuk bantu korang kan? Selalunya penarik kereta (longkai) akan sampai kepada korang dan akan suruh kita tandatangan satu dokumen. Korang tak perlu tandangan dan hanya berkata untuk towing kereta korang ke balai untuk buat report dan urusan yang sepatutnya disana. Kah! Walaupun penarik kereta itu memaksa korang untuk tandatangan atau pon 'marketing' dekat korang, jangan layan okay!


Claim 10% pada bengkel

Selepas buat report, minta abang penarik kereta (longkai) hantar kereta korang ke bengkel yang mempunyai panel dengan insurans yang korang pakai. Kalau taktahu, call jer insurans dan tanya sendiri nama dan alamat bengkel yang mempunyai panel dengan insurans korang itu. Dekat sini lah masa kemuncak untuk korang claim 10% dekat tokey bengkel selepas adjuster insurans akan datang ke bengkel dan kira jumlah yang perlu dibaiki. Contoh sekiranya kereta korang perlu dibaiki dengan kos RM9,000 nanti, korang boleh claim RM900 dekat tokey bengkel,  kiranya sebagai dah bagi job dekat tokey bengkel yang baiki kereta korang itu. Benda macam ini lah yang selalu towing berebut untuk dapatkan!


Lost of use, claim lagi!

Kalau bengkel bagi anggaran selama sebulan untuk kereta korang siap sepenuhnya, sila lah pergi claim 'lost of use' pada insurans. Contoh pada kos 'lost of use' insurans korang RM30 satu hari (ikut jenis insurans), jadi bengkel akan bagi korang RM30 per hari sementara kereta korang siap sepenuhnya.Tapi benda ni boleh claim maximum 3 bulan jer,

Apa yang perlu korang perhatikan semasa kereta ada di bengkel ialah pastikan bengkel itu tukar semua barang-barang yang mengalami kerosakkan sebab ada sesetengah bengkel yang tak tukar, tapi cuma perbaiki jer untuk menipu lah. Psst! Dia pun nak untung besar jugak, kah!

OHMEDIA : HARAP YANG IANYA BERMANFAAT UNTUK KORANG! APA YANG PATUT KITA DAPAT, BUAT APA NAK LEPASKAN, KAH!

Sumber : Gomo Network

+ Baca respon pembaca tips uruskan kereta kemalangan di Facebook Oh! Media





Dikuasakan oleh Blogger.