Suami Kepada Ibu Pelajar Buat Laporan SKMM, Tidak Tahan Dikecam Dengan Netizen - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Suami Kepada Ibu Pelajar Buat Laporan SKMM, Tidak Tahan Dikecam Dengan Netizen


Korang masih ingat lagi tak satu video yang tular di media sosial mengenai seorang ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah dan menyuruh ustazah merangkak di sekeliling kelas? Pergh! Video tu memang mengundang kemarahan netizen tau masa tu.


Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah menyelesaikan masalah mereka secara baik tetapi masih ada lagi netizen menyerang dan menyebarkan gambar ibu kepada pelajar tersebut di media sosial.


Kami sekeluarga tertekan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak benar mengenai kejadian itu. Saya dan isteri sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tentang buli siber yang dikenakan ke atas kami sekeluarga.

Ohmedia bukan nak cakap apa tetapi ni adalah peringatan atau pesanan untuk korang semua bahawa apa yang kita buat, tak semestinya tindakan kita bijak.

OHMEDIA: KALAU RASA TAK PUAS HATI SEBAB ANAK DIDENDA, LEBIH BAIK BUAT ADUAN ATAUPUN BERBINCANG DENGAN GURU SECARA BAIK. 

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca sayang guru di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.