(Video) Streamer Berjaya Selamatkan Wanita Ini Dari Lelaki Mencurigakan Dengan Menyamar Sebagai Rakan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Streamer Berjaya Selamatkan Wanita Ini Dari Lelaki Mencurigakan Dengan Menyamar Sebagai Rakan


Siapa je tak rasa takut bila kita berada di luar, mesti ada orang ikut dari belakang ke mana sahaja kita pergi kan? Bukan apa, kebanyakannya orang yang ikut kita ni memang ada niat tak baik.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitch yang bernama Robcdee dari Australia melakukan ‘live’ berhadapan dengan McDonald’s di Tokyo, Jepun. Apa yang lebih menarik, lelaki ini telah berjaya menyelamatkan seorang wanita. Nak tahu kenapa? Jom tonton video dekat bawah ni!


Kalau korang perasan, wanita itu sedang meminta pertolongan daripada Robcdee kerana ada seorang lelaki misteri yang dipercayai rakyat Jepun juga mengikutnya. Uish! Nasib baiklah wanita itu bertindak dengan cepat untuk menghampiri Robcdee dan diorang pun spontan jer berlakon sebagai kawan di depan lelaki mencurigakan itu.

Kalau tak, Ohmedia tak tahulah apa jadi dekat wanita tu kan hmm. Alhamdulillah, rata-rata warganet turut memuji sikap Robcdee di Twitch. Kalau korang nak tahu, ‘live’ video tu telah mendapat 275k views.

Kepada kaum hawa di luar sana, Ohmedia cuma nak pesan dekat korang bila korang berada dekat luar, pastikan korang berada di tempat awam yang penuh dengan orang ramai. Kalau boleh sediakan pepper spray dalam beg ya!

OHMEDIA: TERIMA KASIH ROBCDEE KERANA BERJAYA SELAMATKAN WANITA ITU!

Sumber: Twitch

+ Baca respon pembaca takut lelaki misteri ikut di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.