Seorang Nenek Uzur Dibelasah Teruk, Tersadai Di Tepi Jalan! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Seorang Nenek Uzur Dibelasah Teruk, Tersadai Di Tepi Jalan!


Selain ibu bapa, nenek dan juga atuk adalah antara individu yang rapat dan penting dalam ahli keluarga kita. Mereka juga harus dihormati dan dikasihi seperti kita mengasihi kedua ibu bapa kita. Tapi lain pulak yang jadi dengan seorang nenek tua ni. Ish, kesian betul Ohmedia tengok keadaan nenek ni.

Menurut sumber, seorang nenek yang berasal dari Thailand ini telah dibelasah teruk oleh cucunya sendiri! Memang teruk gais, lebam-lebam muka nenek ni dibuatnya. Apa yang buatkan Ohmedia sedih, nenek ni dikatakan tersadai ditepi jalan kerana tidak tahan dipukul dengan cucunya itu.


Cucu mangsa dikatakan bersikap demikian akibat dibawah mengaruh alkohol. Patutlah nenek ini dibelasah tanpa kasihan sebab cucunya itu seorang kaki botol dan selalu pulang ke rumah dengan keadaan yang mabuk! Namun, tiadalah kudrat nenek ini untuk melawan atau mempertahankan dirinya dan mereka juga dikatakan tinggal sebumbung.


Akhirnya, nenek uzur ini telah nekad untuk melarikan dirinya akibat tidak tahan kerana selalu dipukul teruk. Nenek yang uzur ini dijumpai tersadai ditepi jalan oleh penduduk setempat kawasan tersebut.

OHMEDIA: TAKKESAH KELUARGA KITA ATAUPUN BUKAN, KITA HARUS MENGHORMATI DAN MENGASIHI MEREKA YANG LEBIH TUA!

Sumber: World Of Buzz

+ Baca respon pembaca nenek uzur dibelasah teruk di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.