Segala Kemudahan Disediakan Pihak Istana Kepada Media - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Segala Kemudahan Disediakan Pihak Istana Kepada Media


Hari ini sudah masuk hari keempat kita dikejutkan dengan apa yang terjadi pada hari Ahad lalu dengan situasi politik negara sekarang. Sejak itu juga, pihak media sudah berkampung di beberapa kawasan dan antara kawasan panas adalah di pintu masuk utama Istana Negara.

Situasi ini mendapat perhatian Agong apabila telah menyediakan makanan kepada wartawan yang bertugas. Selepas memberikan KFC pada hari pertama dan pada hari kedua Agong sendiri telah mencemar duli memberikan makanan segera McDonald kepada para wartawan.

Sekarang, semakin ramai pihak yang hadir ke Istana Negara bagi menyalurkan bantuan dan sokongan kepada media yang tidak berputus asa mendapatkan maklumat yang sahih untuk disalurkan kepada rakyat.



Hari ini, pihak istana telah menyediakan 40 buah kerusi, tiga meja makan dan khemah bagi memudahkan urusan media yang setia menanti perkembangan di pintu istana sejak pagi hingga ke malam.


Terkini, pihak teknikal istana turut telah menyalurkan kuasa elektrik ke tapak media berkumpul untuk memasang kipas dan menjamin keselesaan mereka yang berada di sana.

Nampaknya, adakah situasi politik negara ini akan berlarutan selama beberapa minggu? Sama-sama kita berdoa dan harapkan agar satu keputusan yang terbaik dapat dicipta bagi memastikan negara kita terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.


+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.