Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Positif Koronavirus - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Rakyat Malaysia Pertama Disahkan Positif Koronavirus


Terkini!Seorang lelaki berusia 41 tahun menjadi rakyat Malaysia pertama yang disahkan positif koronavirus. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan yang 2 orang lagi telah disahkan positif virus ini dan ia menjadikan jumlah 10 kes dikesan di Malaysia, termasuk seorang rakyat tempatan sejak virus ini merebak.

Sekarang individu terbabit sedang dipantau rapi dan keluarga terdekat dengan lelaki ini akan diletakkan dalam 'home surveillance' selama 14 hari.

Setakat ini juga, sebanyak 20 kes baru turut disyaki di Malaysia, bagaimanapun pihak kementerian masih menunggu keputusan ujian makmal.


Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.