Berpunca Dari Seorang Penumpang Kurang Sihat. 8 Pesawat Dikunci Risau Bawa Koronavirus - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Berpunca Dari Seorang Penumpang Kurang Sihat. 8 Pesawat Dikunci Risau Bawa Koronavirus


Semakin banyak negara yang takut dengan wabak koronavirus ini dan yang terbaru ia berlaku di Lapangan Terbang Heathrow apabila lapan buah pesawat termasuk sebuah pesawat dari Malaysia telah dikunci selepas didapati ada penumpang yang disyaki dijangkiti koronavirus.

Situasi ini ternyata menggemparkan lapangan terbang itu dan menurut laporan dari Daily Mail, pesawat British Airways yang berlepas dari Kuala Lumpur itu terpaksa dikunci. Pesawat United Airlines Flight 901 dari San Francisco adalah pesawat pertama yang dikesan dan kapten kapal terpaksa meminta penumpang duduk ditempat duduk masing-masing dahulu.


Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pegawai Kesihatan England dan Heathrow. Pesawat lain dari United Airlines juga pada ketika itu memaklumkan yang mereka mendapati seorang penumpang dalam keadaan kurang sihat.

UK sebelum ini telah mengesan kes positif koronavirus di dalam negara mereka dan sejak itu mereka telah mengeluarkan kod merah serta melakukan pemeriksaan ketat.


Sumber: Daily Mail

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan korona di facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.