OM Leaderboard Ad

Pemandu Mabuk Perlu Bayar Pampasan Kepada Keluarga Mangsa Yang Maut Dalam Kemalangan


Sebentar tadi Ohmedia ada naikkan satu artikel di mana Mneteri di Pejabat Perdana Menteri (undang-undang) Datuk Liew Vui Keong ada mencadangkan mengenai hukuman penjara 20 tahun dari 10 tahun sebelum ini bagi individu yang didapati bersalah memandu kenderaan dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dalam kemalangan.

Baca: Pemandu Mabuk Bakal Dipenjarakan 20 Tahun

Bagaimanapun, ada juga cadangan lain yang Ohmedia lihat boleh dipertimbangkan yang datang dari Pensyarah di Jabatan Amalan Perundangan, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin yang melihat hukuman yang dilaksanankan di Thailand lebih berat.

Jika kita lihat di Thailand, mereka mewajibkan pesalah untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa yang dilihat dapat menjami kesinambungan hidup keluarga mangsa.

Pencegahan hanya berkesan bukan kerana tempoh penjara yang panjang tetapi kepada kekerapan pendakwaan yang dibuat dan sabitan yang diperoleh serta hukuman yang menggabungkan penjara, sebatan, pampasan kepada mangsa serta khidmat masyarakat. Siapa pun yang waras akan kemudiannya bertindak dengan bertanggungjawab dengan tidak memandu dalam keadaan dia mabuk kerana 'jenayah tidak berbaloi'. Katanya kepada Sinar Harian.

Banyak lagi contoh dari negara lain yang dilihat mempunyai hukuman yang lebih berat kepada pesalah memandu dalam keadaan mabuk dan diharapkan pihak kerajaan dapat memutuskan perkara ini dengan cepat agar perkara sama tidak berulang.

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.