OM Leaderboard Ad

Pemandu Mabuk Bakal Dipenjarakan 20 Tahun


Disebabkan terlalu banyak kes kecuaian pemandu tidak mengikut undang-undang yang memandu dibawah pengaruh alkohol, dadah dan secara bahaya sehingga menyebabkan kematian kepada individu lain yang tidak bersalah, Datuk Liew Vui Keong selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) mencadangkan supaya mereka ini dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang) semalam, Datuk Liew View mengatakan kepada media supaya mereka yang cuai atau mabuk perlulah bertanggungjawab dan dikenakan hukuman setimpal sekiranya bersalah. Beliau juga telah menyerahkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengubah undang-undang di Dewan Rakyat.

Pada masa ini, pesalah jalan raya yang terlibat akan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan telahpun berkata yang Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987 akan ditukarkan untuk memberi hukuman yang lebih berat berbanding sekarang. Loke juga yang ia akan melibatkan tiga pindaan seksyen di bawah APJ 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45.

OHMEDIA : DIHARAPKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA SEDAR DAN TIDAK MENGULANGI KESALAHAN YANG SAMA DENGAN HUKUMAN BARU YANG AKAN DATANG INI.

Sumber : Siakap Keli

+ Baca respon pembaca pemandu mabuk bakal dipenjara 20 tahun di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.