Pelabur Dari China Berminat Ambil Alih Taman Tema MAPS Perak? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelabur Dari China Berminat Ambil Alih Taman Tema MAPS Perak?


Wah! Banyak juga sekarang ni kita dengar syarikat Malaysia diselamatkan syarikat dari China, kononnya! Sebelum ini mungkin ramai yang tahu tentang penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) pada 28 Januari lalu dan terpaksa membuang semua pekerja. Tapi korang jangan risau, sebab katanya pihak MAPS telah memberikan pampasan kepada semua pekerja mereka.

BACA: Taman Tema MAPS Ditutup Mulai Hari Ini

Bagaimanapun, Exco Pelaburan Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ada memaklumkan yang sudah ada pelabur dari syarikat tempatan dan China yang berminat untuk meneruskan taman tema MAPS ini.


Pelaburan ini termasuk membesarkan lagi taman tema ini dengan permainan yang terkini dengan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. MAPS telah mula dibuka kepada orang awam sejak 3 tahun yang lalu dan ia terpaksa ditutup kerana kurang mendapat sambutan dan kerugian ini terpaksa ditanggung kerajaan negeri Perak.

Jadi, bagi korang yang mungkin belum sempat pergi ke MAPS, kita tunggu sahajalah sehingga pengumuman tarikh pembukaan semuala taman tema ini dan semoga ia berjaya menarik lebih ramai ke Perak.

+ Baca respon pembaca yang sukakan taman tema di facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.