Pejabat Menteri-Menteri Kosong, Tun Mahathir Sahaja Yang Masuk Pejabat Hari Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pejabat Menteri-Menteri Kosong, Tun Mahathir Sahaja Yang Masuk Pejabat Hari Ini


Semalam, negara kita telah mendapat banyak berita yang agak mengejutkan dan umum mengetahui yang hari ini negara hanya ada Perdana Menteri sementara sahaja yang disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan kita masih tiada Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik yang dihentikan serta merta semalam.

Perkara ini disahkan apabila YDPA berkenan untuk membatalkan semua pelantikan menteri-menteri apabila dinasihat YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu berada di Istana Negara.


Ini bermakna hari ini semua pejabat menteri telah dikosongkan dan hanya Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja sebagai menteri tunggal yang masuk ke pejabat hari ini. Perkara ini dilaporkan Bernama apabila Perdana Menteri Interim telah tiba ke Jabatan Perdana Menteri dengan menaiki kenderaan rasmi pada jam 9.29 pagi tadi.


Sumber: Bernama

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.