(Video) Netizen Terkejut Lihat Najib & Rosmah Dalam Netflix - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Netizen Terkejut Lihat Najib & Rosmah Dalam Netflix


Korang ada Netflix? Kalau ada, korang akan dapat tengok bekas Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor muncul dalam sebuah dokomentari yang bertajuk Dirty Money Season 2.

Kelibat bekas perdana menteri Malaysia itu dapat dilihat melalui trailer berdurasi 1 minit 47 saat dan rancangan ini akan memaparkan dakwaan salah laku rasuah yang berlaku di beberapa agama.


Dirty Money juga akan menjelaskan situasi sebenar dan bagaimana skandal perbankan, skim hartanah, pembuangan sisa toksik plastik mampu membahayakan keadaan.

Dirty Money akan membawakan pandangan yang lebih jelas megenai kisah di sebalik skandal, salah laku kewangan dan korupsi dalam dunia perniagaan. Dan musim ini akan menampilkan kes seperti empayar hartanah Jared Kushner, skandal perbankan Wells Fargo dan kes korupsi 1MDB. - Memetik laporan Netflix kepada The Star.

Jadi apa agaknya yang akan dikupas dalam isu Najib Razak ini? Korang boleh mula tonton Dirty Money ni bermula 11 Mac di Netflix ya.

+ Baca respon pembaca yang terkejut dengan kemunculan Najib dalam Netflix di Facebook Oh! Media.


Dikuasakan oleh Blogger.