Netizen Bengang Lihat Suspek Memukul Anjing Secara Bertalu-Talu! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Netizen Bengang Lihat Suspek Memukul Anjing Secara Bertalu-Talu!


Menerusi posting Malaysia Independent Animal Rescue baru-baru ini di Facebook, dua suspek lelaki dipercayai memukul anjing milik Mersal Kumar secara bertalu-talu. Ya Allah, geram betul bila tengok video tu! Kalau korang nak tengok, boleh klik dekat sumber di bawah tu okay?


Kita sebagai umat Islam yang tak boleh pegang anjing pun rasa kesian tau, inikan pula orang yang bukan beragama Islam. Walau bagaimanapun, pemilik anjing tersebut telah membuat laporan polis.


Semoga dua suspek tersebut ditangkap secepat mungkin dan diberikan hukuman setimpal oleh pihak polis. Bukan apa, diorang ni memang tak ada hati berperikemanusiaan tau sehingga membuatkan anjing tu cedera.

Posting yang dibuat oleh Malaysia Independent Animal Rescue ni telah mendapat 1.3k likes dan 819 shares di Facebook. Rata-rata netizen turut rasa bengang apabila melihat tindakan suspek terhadap anjing itu.

OHMEDIA: TAK BAIK SEKSA HAIWAN SEBAB DIORANG PUN CIPTAAN ALLAH JUGA TAU!

Sumber: Malaysia Independent Animal Rescue

+ Baca respon pembaca pencinta haiwan di Facebook Oh! Media

Dikuasakan oleh Blogger.